HOT FM HENTIKAN ‘PANGGILAN HANGIT’ BUKAN SEBAB DI SAMAN

on Jumaat, 20 Januari 2012


PETALING JAYA: Stesen radio Hot FM menolak dakwaan terpaksa menghentikan segmen Panggilan Hangit selepas mendapat bantahan daripada seorang artis yang kurang senang dengan rancangan tersebut.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, penamatan segmen itu tiada kaitan dengan dakwaan tersebut tetapi sebaliknya stesen itu ingin melakukan perubahan sempena tahun 2012.

“Pihak kami telah membuat keputusan untuk merehatkan atau dalam erti kata lain, menghentikan segmen Panggilan Hangit buat sementara waktu berkuatkuasa pada hari ini (Khamis).

“Keputusan ini tiada kena mengena dengan aduan yang dibuat oleh seorang artis veteran yang terkena Panggilan Hangit kepada pihak atasan.

“Ia adalah gosip yang tidak benar. Malah kebanyakan artis begitu terbuka selepas ‘terkena’ dalam segmen ini.
Tag : , , , , , , , , , ,

WILMA MUHAMMAD KEMBALI BERLAKON BUKAN KERANA TERDESAK TETAPI….


PETALING JAYA: Pelakon Wilma Muhammad berkata keputusan untuk kembali berlakon selepas 11 tahun menyepi bukan kerana desakan hidup selepas kematian suaminya Mahir Effendi kira-kira setahun yang lalu.

Sebaliknya, aktres berusia 39 tahun ini berkata dia menerima tawaran untuk membintangi filem 1945 arahan Imran Ismail kerana skrip yang menarik dan syarat-syarat yang dipersetujui bersama dengan syarikat produksi, AAR Intelligent Sdn Bhd itu.

“Sebenarnya tiada istilah terdesak pun. Saya akui, tawaran berlakon dalam filem itu dapat menambahkan lagi pendapatan selain kerjaya saya sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta.

“Saya bersetuju untuk berlakon dalam filem itu kerana penerbitnya AAR Intelligent memenuhi syarat-syarat yang saya tetapkan termasuklah untuk saya kekal bertudung dalam filem itu.
Tag : , , , ,

2 BERADIK DITEMUI MATI TERGANTUNG DI ASRAMA PEKERJA DI MIRI, SARAWAK


MIRI 19 Jan. – Dua beradik warga Indonesia ditemui mati tergantung masing-masing pada sebatang pokok dan dalam sebuah bilik asrama pekerja di sebuah kilang di Kuala Baram dekat sini, malam tadi dan pagi ini.

Kuatman Sukirman, 23, ditemui mati tergantung dengan menggunakan kain sarung pada pukul 7 pagi selepas adiknya, Suparmanto, 20, terlebih dulu ditemui tergantung di dalam bilik asrama pada pukul 9 malam tadi.

Kedua-dua beradik tersebut bekerja di kilang yang sama sejak lebih setahun lalu dipercayai bertindak sedemikian akibat dibebani masalah hutang berdasarkan nota tulisan tangan yang ditinggalkan di bilik mangsa.

Sementara itu, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.15 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi melakukan siasatan.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, semua penghuni asrama pekerja kilang terbabit sedang tidur sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat Kuatman yang tergantung di dahan sebatang pokok tidak jauh dari kediaman berkenaan.
Tag :

60 APLIKASI BARU DALAM FACEBOOK


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat – Media rangkaian sosial gergasi, Facebook mengeluarkan berpuluh-puluh aplikasi kelmarin.

Aplikasi itu membolehkan para pengguna untuk mengkatalogkan semua aspek kehidpuan mereka daripada filem sehingga buku dan fesyen.

“Apa sahaja yang anda suka, apa juga cerita yang anda mahu ceritakan, anda boleh tambahkannya ke dalam ruang Timeline anda,” kata Pengarah Platform Produk Facebook, Carl Sjogreen.

Sebanyak 60 aplikasi terlibat dalam kumpulan pertama penambahan tersebut yang disumbangkan oleh syarikat seperti Foodspotting, Rotten Tomatoes, Pinterest, TripAdvisor dan e-reader Kobo.

Salah satu aplikasi itu membolehkan pengesanan secara automatik dibuat bagi mengetahui buku yang telah habis dibaca atau memulakan pembacaan serta dihubungkan dengan pengguna Facebook lain yang membaca buku yang sama.
Tag :
 
© Portal Berita Malaysia 2011
D.I.Y Themes ByBelajar SEO