KOMPAUN PENDAFTARAN LEWAT KELAHIRAN DIMANSUHKAN SERTA MERTA

on Jumaat, 20 Januari 2012


PUTRAJAYA: Bayaran kompaun RM50 untuk pendaftaran kelahiran yang dikemukakan melebihi tempoh 42 hari kini dikecualikan di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Seksyen 38 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan Seksyen 17 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sabah, Bab 123).

Berdasarkan peraturan sedia ada, pendaftaran kelahiran perlu dibuat dalam tempoh satu hingga 14 hari dan bayaran proses adalah percuma, manakalapendaftaran yang dibuat melebihi tempoh tersebut tetapi kurang 42 hari akan dikenakan bayaran proses RM5.

Bagaimanapun, untuk permohonan yang dikemukakan selepas 42 hari tempohkelahiran, pemohon akan dikenakan RM10 untuk bayaran proses, selain dikompaunRM50, katanya dalam kenyataan di sini.-BERNAMA

{ 0 komen... baca komen di bawah atau tambah komen }

Catat Ulasan

 
© Portal Berita Malaysia 2011
D.I.Y Themes ByBelajar SEO