HOT FM HENTIKAN ‘PANGGILAN HANGIT’ BUKAN SEBAB DI SAMAN

on Jumaat, 20 Januari 2012


PETALING JAYA: Stesen radio Hot FM menolak dakwaan terpaksa menghentikan segmen Panggilan Hangit selepas mendapat bantahan daripada seorang artis yang kurang senang dengan rancangan tersebut.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, penamatan segmen itu tiada kaitan dengan dakwaan tersebut tetapi sebaliknya stesen itu ingin melakukan perubahan sempena tahun 2012.

“Pihak kami telah membuat keputusan untuk merehatkan atau dalam erti kata lain, menghentikan segmen Panggilan Hangit buat sementara waktu berkuatkuasa pada hari ini (Khamis).

“Keputusan ini tiada kena mengena dengan aduan yang dibuat oleh seorang artis veteran yang terkena Panggilan Hangit kepada pihak atasan.

“Ia adalah gosip yang tidak benar. Malah kebanyakan artis begitu terbuka selepas ‘terkena’ dalam segmen ini.
Tag : , , , , , , , , , ,

WILMA MUHAMMAD KEMBALI BERLAKON BUKAN KERANA TERDESAK TETAPI….


PETALING JAYA: Pelakon Wilma Muhammad berkata keputusan untuk kembali berlakon selepas 11 tahun menyepi bukan kerana desakan hidup selepas kematian suaminya Mahir Effendi kira-kira setahun yang lalu.

Sebaliknya, aktres berusia 39 tahun ini berkata dia menerima tawaran untuk membintangi filem 1945 arahan Imran Ismail kerana skrip yang menarik dan syarat-syarat yang dipersetujui bersama dengan syarikat produksi, AAR Intelligent Sdn Bhd itu.

“Sebenarnya tiada istilah terdesak pun. Saya akui, tawaran berlakon dalam filem itu dapat menambahkan lagi pendapatan selain kerjaya saya sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta.

“Saya bersetuju untuk berlakon dalam filem itu kerana penerbitnya AAR Intelligent memenuhi syarat-syarat yang saya tetapkan termasuklah untuk saya kekal bertudung dalam filem itu.
Tag : , , , ,

2 BERADIK DITEMUI MATI TERGANTUNG DI ASRAMA PEKERJA DI MIRI, SARAWAK


MIRI 19 Jan. – Dua beradik warga Indonesia ditemui mati tergantung masing-masing pada sebatang pokok dan dalam sebuah bilik asrama pekerja di sebuah kilang di Kuala Baram dekat sini, malam tadi dan pagi ini.

Kuatman Sukirman, 23, ditemui mati tergantung dengan menggunakan kain sarung pada pukul 7 pagi selepas adiknya, Suparmanto, 20, terlebih dulu ditemui tergantung di dalam bilik asrama pada pukul 9 malam tadi.

Kedua-dua beradik tersebut bekerja di kilang yang sama sejak lebih setahun lalu dipercayai bertindak sedemikian akibat dibebani masalah hutang berdasarkan nota tulisan tangan yang ditinggalkan di bilik mangsa.

Sementara itu, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.15 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi melakukan siasatan.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, semua penghuni asrama pekerja kilang terbabit sedang tidur sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat Kuatman yang tergantung di dahan sebatang pokok tidak jauh dari kediaman berkenaan.
Tag :

60 APLIKASI BARU DALAM FACEBOOK


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat – Media rangkaian sosial gergasi, Facebook mengeluarkan berpuluh-puluh aplikasi kelmarin.

Aplikasi itu membolehkan para pengguna untuk mengkatalogkan semua aspek kehidpuan mereka daripada filem sehingga buku dan fesyen.

“Apa sahaja yang anda suka, apa juga cerita yang anda mahu ceritakan, anda boleh tambahkannya ke dalam ruang Timeline anda,” kata Pengarah Platform Produk Facebook, Carl Sjogreen.

Sebanyak 60 aplikasi terlibat dalam kumpulan pertama penambahan tersebut yang disumbangkan oleh syarikat seperti Foodspotting, Rotten Tomatoes, Pinterest, TripAdvisor dan e-reader Kobo.

Salah satu aplikasi itu membolehkan pengesanan secara automatik dibuat bagi mengetahui buku yang telah habis dibaca atau memulakan pembacaan serta dihubungkan dengan pengguna Facebook lain yang membaca buku yang sama.
Tag :

WARGA EMAS LUMPUH TANGAN KIRI SELEPAS AMBIL DARAH


IPOH: Seorang wanita warga emas mendakwa pergelangan tangan kirinya ‘lumpuh’ selepas menjalani proses mengambil darah di sebuah hospital di sini, pada pertengahan Oktober tahun lalu.

Akibat kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Rafeaah Yunus, 54, berasal dari Taman Desa Pelancongan, Pinji, di sini, pasrah apabila tangan kirinya tidak lagi berfungsi dengan baik, sekali gus menyukarkannya untuk membuat kerja rumah seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Pada 14 Oktober tahun lalu, Rafeaah terpaksa dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas mengadu sakit dada sebelum ditahan di wad bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, pada malamnya, seorang doktor pelatih melakukan tiga kali suntikan di bahagian lengan tangan kirinya itu bagi mengambil darah.
Tag : , , , , ,

HAZAMA TERKILAN TIDAK TERLIBAT DALAM KLIP VIDEO LAGU ‘POKOK’


PETALING JAYA: Penyanyi Hazama berasa terkilan kerana tidak terlibat dalam pembikinan klip video lagu Pokok, nyanyiannya bersama kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH).

Hazama berkata, dalam klip video yang diarahkan oleh Ghaz itu, penyanyi lain iaitu Nubhan pula seolah-olah yang lebih menonjol sedangkan lagu dalam album itu adalah suaranya.

“Memang saya sedikit terkilan kerana tidak terlibat dengan klip video itu sedangkan pada mulanya saya difahamkan akan diberi peranan menyertainya.

“Bagaimanapun, ketiadaan saya mungkin disebabkan pihak pengurusan saya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan MUH tidak mencapai persetujuan bersama dalam perbincangan berkenaan soal bayaran.

“Saya sebenarnya tidak kisah pun untuk bekerjasama dengan MUH walaupun tiada sebarang bayaran kerana mereka (MUH) adalah kawan-kawan saya,” katanya.
Tag : , , ,

GAMBAR PERKAHWINAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE


PETALING JAYA: Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat.



Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.
Tag : , , , , ,

KOMPAUN PENDAFTARAN LEWAT KELAHIRAN DIMANSUHKAN SERTA MERTA


PUTRAJAYA: Bayaran kompaun RM50 untuk pendaftaran kelahiran yang dikemukakan melebihi tempoh 42 hari kini dikecualikan di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Seksyen 38 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan Seksyen 17 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sabah, Bab 123).

Berdasarkan peraturan sedia ada, pendaftaran kelahiran perlu dibuat dalam tempoh satu hingga 14 hari dan bayaran proses adalah percuma, manakalapendaftaran yang dibuat melebihi tempoh tersebut tetapi kurang 42 hari akan dikenakan bayaran proses RM5.

Bagaimanapun, untuk permohonan yang dikemukakan selepas 42 hari tempohkelahiran, pemohon akan dikenakan RM10 untuk bayaran proses, selain dikompaunRM50, katanya dalam kenyataan di sini.-BERNAMA

Tag :

Stacy artis yang tidak berdisplin dan berlagak diva

on Isnin, 16 Januari 2012


BELUM pun reda isu mengenai dirinya yang suka tiba lewat pada sesi temujanji, penyanyi Stacy kini didakwa menimbulkan masalah baru apabila dikatakan suka membatalkan sesi fotografi di saat-saat akhir.

Sikapnya itu bukan sahaja dilabelkan sebagai artis tidak berdisiplin malah ada mendakwa bekas juara program Akademi Fantasia 6 (AF6) itu semakin menunjukkan belangnya kerana berlagak diva.

Ternyata anak kelahiran Penampang, Sabah yang bernama penuh Stracie Angie Anam, 22, itu amat terkilan dengan setiap dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Stacy berkata, dia tidak akan cepat melatah walau dihentam dengan pelbagai laporan dan tuduhan negatif.

Cuma dia sedikit kesal dengan laporan yang dianggapnya berat sebelah kerana langsung tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Tag : , , ,

Safee Sali dilamar 3 kelab Eropah


JAKARTA – Kalau sebelum ini, pasukan juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United berminat untuk mendapatkan khidmat Safee Sali, tawaran terbaru yang diterima pemain itu pasti akan melakar satu lagi sejarah baru buatnya.

Safee mengesahkan dia kini diintai pula oleh tiga kelab bola sepak ternama dari Eropah yang sudah menghubungi pengurusannya menyatakan minat melamarnya.

Biarpun enggan mendedahkan nama ketiga-tiga kelab bola sepak dari Eropah itu, namun, Safee secara peribadi mengakui, bersedia untuk berhijrah ke gelanggang lebih besar seandainya tawaran itu direalisasikan.


Tag :

Gila seks, kerana nafsu lelaki rogol anak rakan baik isterinya yang berusia 3 tahun


CHUKAI: Seorang lelaki bernafsu syaitan apabila tergamak merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang juga anak rakan baik isterinya ketika mangsa ditinggalkan di rumahnya di Kampung Gong Pauh, di sini, kelmarin, Perbuatan lelaki berhati binatang itu terbongkar selepas ibu kandung kanak-kanak terbabit mendapati terdapat lendir pada lampin pakai buang dan melekit pada paha hingga ke paras lutut mangsa jam 12.30 tengah malam.

Bagi memastikan sama ada lendir itu adalah air mani atau sebaliknya, wanita itu yang juga ibu tunggal berusia 29 tahun, membuat laporan polis pada jam 3.34 pagi sebelum kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan pada jam 4 pagi.


Tag :

amah mengaku sihirkan keluarga majikan


Berhati-hati ketika memilih amah atau pembantu rumah, takut cerita yang sama berlaku kepada anda.

Di Al-Mujama`a Arab Saudi, Seorang lelaki menuduh pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja dengannya, membunuh anak perempuan beliau yang berusia lapan tahun melalui sihir, lapor al-Watan, semalam.

Pembantu rumah itu yang disoalsiasat kemudian mengaku mengamalkan ilmu hitam terhadap keluarga majikannya.

Lelaki itu, Misaad Al-Rikhaimi sudah melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai perkara itu sebulan lalu. –AP

Tag :

Pelajar kolej swasta lemas selepas tiru kawan terjun dari jambatan


PORT DICKSON – Mayat seorang penuntut kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas ketika beriadah bersama enam rakan kolejnya di Pantai Cahaya Negeri ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan.

Rakan mangsa, N Nesaraja, 20, berkata, dia melihat mangsa terjun, berenang dan kemudiannya tenggelam.

Menurutnya, Nazaruddin bersemangat terjun dari jambatan kerana seorang rakan mereka terlebih dahulu terjun dan selamat berenang hingga ke pantai.

“Tidak lama selepas Nazaruddin terjun, saya terdengar dia menjerit meminta tolong sebelum tenggelam.

“Ada yang cuba membantu menyelamatkan Nazaruddin, tetapi kejadian begitu pantas dan dia hilang daripada pandangan sebelum sempat diselamatkan,” katanya.


Tag :

gara-gara air kencing, lelaki UK dibelasah oleh sekumpulan lelaki


MIRI: Marah kerana kaki terkena air kencing, seorang lelaki Inggeris menerima padah dipukul dan dicederakan sekumpulan penyerang dalam kejadian awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 30-an dari London mengalami patah pergelangan tangan kiri dan cedera di kepala akibat pergaduhan sekitar jam 1 pagi.

Sebelum kejadian, mangsa yang ditemani dua rakannya tiba dari London kelmarin sebelum mengunjungi sebuah pusat hiburan popular di sini.

Ketika hendak membuang air kecil di tandas pusat hiburan itu, mangsa tiba-tiba berang kepada salah seorang pengguna tandas kerana terkencing pada kakinya.


Tag :

Kehilangan Norish Aunie Niesa 13, dipercayai dilarikan oleh kawannya


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dilaporkan hilang hampir tiga minggu lalu dipercayai dilarikan rakan perempuan yang baru dikenalinya di sebuah siber kafe di Jalan Ipoh, di sini.

Norish Aunie Niesa Mohd Nizam, 13, dilaporkan keluar rumah pada 29 Disember tahun lalu untuk ke kafe siber bersama adik lelakinya sebelum didatangi rakan yang dikenali sebagai Ija dan beberapa lelaki lain sebelum mereka menghilangkan diri.

Ibu mangsa, Nor Salinda Salleh, 33, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu sehingga kini gagal dikesan dan percaya rakan perempuan yang baru dikenali anaknya menjadi dalang utama kehilangan Norish Aunie.

“Lebih mengejutkan, pada hari kehilangan Norish Aunie, rakan karib saya menerima panggilan daripada seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai Ija, namun menggunakan nombor telefon Norish Aunie yang memaklumkan beliau membawa keluar anak saya untuk menyambut tahun baru di ibu negara.


Tag : ,

Bakal pelajar Kolej MAHSA dan adik perempuan maut dalam kebakaran di Tawau

on Ahad, 15 Januari 2012


TAWAU: Hasrat seorang pelajar untuk memasuki Medical and Allied Health Sciences College (MAHSA College) musnah apabila dia meninggal dunia bersama adik perempuannya dalam satu tragedi kebakaran awal pagi Ahad.

Mayat Andi Herah Andi Muddah, 19, bersama adiknya Andi Putri Intan, 6, ditemui berpelukan di dalam biliknya dalam kejadian bakaran jam 3.45 pagi di Blok 5, Kampung Titingan, yang turut mengakibatkan 74 orang daripada 23 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila lima buah rumah papan milik mereka musnah dijilat api.

Andi Herah atau lebih dikenali sebagai Nowet, dijadualkan melaporkan diri di MAHSA College, Cawangan Kota Kinabalu pada 28 Jan ini.

Andi Herah dan Andi Putri Intan yang masing-masing merupakan anak kedua dan keempat daripada lima beradik, tinggal bersama ibu bapa dan dua lagi adiknya di tingkat bawah rumah dua tingkat manakala neneknya dan 10 anggota keluarganya di tingkat atas rumah itu.


Tag : ,

Datuk Lee Chong Wei juara terbuka Malaysia 2012

PETALING JAYA: Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-6, 21-13 pada perlawanan final kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad.

Chong Wei hanya mengambil masa selama 36 minit untuk menundukkan Tago yang menempah laluan ke final selepas pemain China, Chen Jin menarik diri pada pusingan separuh akhir, Sabtu.

Ianya merupakan kemenangan kelapan pemain No.1 dunia itu di gelanggang sendiri.

Beliau yang menyifatkan perlawanan itu sebagai perlawanan akhir Terbuka Malaysia paling mudah buatnya, berharap dapat mengekalkan semangat dan prestasinya kali ini sehingga Sukan Olimpik London pada Julai ini.

Katanya, beliau juga gembira dapat menumpaskan dua musuh utama dari China iaitu Lin Dan (pada akhir Terbuka Korea minggu lalu) dan Chen Long (ketika peringkat separuh akhir kejohanan) pada awal tahun ini.


Tag :

Apa kata Anwar Ibrahim tentang homoseksual? | PROGAY sokong Anwar?


KUALA LUMPUR 14 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan. ‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.” Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.


Tag : , , , ,

Kumpulan pertama program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sudah menerima bayaran bermula malam tadi



ZABARIAH menyerahkan baucar RM500 kepada Lim Guat Ean,97, pada Majlis Pemberian Angpau dan Bantuan Kepada Warga Tua Sempena Tahun Baru Cina 2012 di Kepala Batas, semalam.


KEPALA BATAS: Seramai 67 penerima dari kawasan Parlimen Kepala Batas, semalam muncul sebagai kumpulan pertama rakyat yang menerima RM500 seorang di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mereka adalah antara 44,000 pemohon di Pulau Pinang yang akan menerima baucar tunai RM500 setiap seorang secara berperingkat bermula semalam, membabitkan pembiayaan sebanyak RM22 juta.
Penerima menerima baucar berkenaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Zabariah Wahab pada Majlis Pemberian Ang Pau dan Bantuan Kepada Warga Emas Sempena Tahun Baru Cina 2012, di sini. Baucar itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata jumlah ketua keluarga yang layak menerima bantuan itu mulai semalam adalah bagi fasa pertama pembayaran dan jumlah berkenaan dijangka bertambah.


Tag : ,

gadis gebu tawarkan diskaun urut untuk lelaki hidung belang


ADA DISKAUN... wartawan Metro Ahad bertanya kepada wanita dipercayai warga asing mengenai khidmat urut.
SEKSI... gadis cantik cuba menggoda pelanggan.

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini, mempunyai lebih 20 premis refleksologi yang dipercayai bukan sekadar menawarkan khidmat urut menghilangkan lenguh badan, malah hingga ke ranjang.

Saingan sesama sendiri menyebabkan 150 wanita tukang urut yang kebanyakannya masih muda, gebu, seksi dan peramah, kelihatan berebut-rebut memancing pelanggan, terutama lelaki yang mengunjungi kompleks itu, sekaligus menjadikan kawasan berkenaan tidak ubah seperti kawasan ‘lampu merah’ Patpong di Bangkok, Thailand.

Siasatan wartawan Metro Ahad mendapati, wanita berpakaian seksi terbabit, majoritinya dari China dan beberapa warga Vietnam dan tempatan, pasti mendekati lelaki yang melalui premis di tingkat bawah, satu dan dua kompleks itu untuk menawarkan khidmat urut dengan caj serendah RM35 sejam.


Tag : ,

Isu pergaduhan twitter Rita Rudaini dengan Zaquan Adha: Rita sedih suami keluar dari rumah

PETALING JAYA: Keadaan rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36, dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, kembali menjadi tegang apabila bintang bola sepak itu telah meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini sejak seminggu lalu.

 Menurut Rita, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis. “Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah.

Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya,” kata Rita sewaktu ditemui di rumahnya di Sunway Damansara di sini. Menurutnya, sewaktu tiba di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, dia mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada.

 Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan. Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.


Tag : , ,

Prob Phobos-Grunt mungkin terhempas di bumi hari ini

SHAH ALAM - Pakar-pakar meramalkan yang prob Phobos-Grunt bagi misi ke Marikh yang gagal berfungsi akan jatuh semula ke bumi hari ini.

Gambaran artis menunjukkan bagaimana bahan api dari tangki bersalut aluminium pada kapal angkasa itu terbakar ketika memasuki atmosfera bumi, kata satu lapor portal Pendidikan Sains Angkasa.

>Beberapa media asing juga membawa laporan itu sejak semalam.

Kapal angkasa Phobos-Grunt yang terkandas di orbit bumi tidak lama selepas ia dilancarkan pada 8 November lalu yang kemudiannya mengelilingi bumi dalam keadaan semakin rendah dari hari ke hari.

Kata portal itu, pegawai-pegawai dari Agensi Angkasa Russia dipetik berkata yang prob itu akan memasuki atmosfera panas bumi pada hari ini.

“Serpihan Phobos-Grunt dijangka akan jatuh pada 15 Januari 2012. Tarikh sebenar mungkin berubah disebabkan faktor-faktor luaran,” kata Alexei Zolotukhin, jurucakap pasukan tentera angkasa Rusia kepada agensi berita Rusia.

Phobos-Grunt adalah sebuah kapal angkasa yang besar dengan berat 14.5 tan.


Tag :

KERETA FERRARI REMUK DALAM KEMALANGAN SEMASA PANDU UJI DI KLIA


SEPANG – Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.

 Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.

 Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan itu menjalani proses pandu uji sebelum diserahkan kepada pelanggannya.


Tag : , , ,

ADIRA MOHON HENTIKAN DAKWA DIA LESBIAN

PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta dengan penyanyi Hafiz (AF7), beberapa bulan lalu.

 Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini. “Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

 “Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.

Tag : , , , , , , ,

PENGARAH KASTAM KLIA MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR – Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Datuk M. Govinden meninggal dunia semalam.

 Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf ketika dihubungi mengesahkan mendiang meninggal dunia pada 9 malam tadi. “Saya belum tahu sebab-sebab kematian beliau. Jasad mendiang akan dibawa dari Hospital Selayang ke rumahnya di Brickfields,” katanya.

 Beliau berkata, jasad Govinden mungkin dibawa ke kampung mendiang di Alor Setar, Kedah untuk disemadikan hari ini. – BERNAMA
Tag : , ,

Kemalangan ngeri, muka hancur dan otak bersepai diseret trailer

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan syarikat perisian komputer maut selepas digilis dan diseret kira-kira dua kilometer oleh sebuah treler di Kilometer 1.9 Lebuh Raya Duta-Hulu Klang (DUKE) di sini semalam.

 Mangsa, Haslihan Abdul Hadi, 34, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 itu dipercayai terbabas sebelum jatuh di jalan raya. Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku pada pukul 3.15 petang dan mangsa dalam perjalanan dari Hulu Klang menuju ke Gombak.

 “Pada masa sama, sebuah treler yang dipercayai datang dari arah belakang gagal mengelak dan merempuh mangsa,” katanya ketika ditemui. Haslihan bersama motosikalnya dikatakan terseret di lorong tengah lebuh raya sementara pemandu treler yang melanggarnya terus meninggalkan mangsa selepas kejadian.


Tag : , , , ,

Lebih 100 anggota Pas Kampung Kerdas Gombak sertai UMNO

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Seramai 102 ahli Pas Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas.

 Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini semalam.

 Jais berkata, selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

 "Kami tak percaya dengan Pas dan kami yakin hanya UMNO dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat,” katanya pada majlis pengisytiharan anggota Pas Kerdas menyertai UMNO dan ikrar menyokong Barisan Nasional.


Tag :

Keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris

Berikut merupakan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi:

 Aston Villa 1 Everton 1
 Blackburn 3 Fulham 1
 Chelsea 1 Sunderland 0
 Liverpool 0 Stoke 0
 Manchester United 3 Bolton 0
 Tottenham 1 Wolves 1
 West Brom 1 Norwich 2
Tag :

Sinopsis drama BIBIK di TV 1

on Sabtu, 14 Januari 2012

Nama Drama: Bibik [13 episod]
 Pelakon : Daniel Syazriq, Amira Ayuni, Norman Hakim, Nonny Nadirah, Jessie Lim, Kathy Fauziah dan Kalpana Devi
 Masa Siaran : Setiap Isnin , Jam 2.05 Petang di TV1
 Tarikh Mula Siaran : 16 Januari 2012



 SINOPSIS DRAMA BIBIK Kisah Bibik bermula apabila pembantu rumah Hisham yang keenam melarikan diri dan keadaan menjadi kelam-kabut. Meskipun menyedari segalanya berpunca daripada karenah yang ditimbulkan oleh anak-anak dan ibunya, Rogayah namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.


Tag : , , , , ,

Sarimah Ibrahim tukar haluan jadi DJ Red FM

PETALING JAYA: Trend stesen radio yang memancing artis menjadi penyampai radio berterusan apabila stesen radia berbahasa Inggeris, Red FM pula dipercayai sudah melamar pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim sebagai deejay mereka.

 Difahamkan Sarimah akan mula bertugas pada awal Februari depan bagi mengisi slot pagi stesen itu. Ketika dihubungi pada petang Jumaat, Sarimah enggan mengulas mengenai khabar angin itu sebaliknya berharap peminat dapat menunggu sehingga pengumuman rasmi dilakukan dalam satu sidang media khas pada 10 Februari depan. “Seperti yang kerap saya kemas kini dalam Twitter sejak kebelakangan ini, saya akan mula bertugas sebagai penyampai di sebuah stesen radio berbahasa Inggeris bermula Februari depan.

 “Buat masa ini, saya tidak dibenarkan untuk bercerita lanjut tentang butiran tawaran itu termasuklah nama stesen radio terbabit sehingga pengumuman rasmi dilakukan dalam satu sidang media nanti,” katanya.

Tag : , , , , , ,

MALAYSIA AKAN JADI PENGELUAR KONDOM TERUTAMA DI DUNIA

NEW DELHI 13 Jan. — Malaysia kini di ambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

 MREPC berkata, Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia dengan mudah melepasi paras satu bilion. “Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew.



 Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005. Pengeluar utama Asia — Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia — terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walaupun di negara yang konservatif seperti India. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan. Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping. “Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom,” kata Low.


Tag : , , , , ,
 
© Portal Berita Malaysia 2011
D.I.Y Themes ByBelajar SEO